Kebelakangan ni ramai yang dm saya bertanyakan tentang
proses permohonan PR Kanada. Sebelum ni saya pernah kongsikan tentang perkara
ni di video YouTube. Boleh tengok post ni.
Bagi yang berminat untuk memohon, dibawah saya terangkan
info dan proses memohon.
Terdapat 3 program dibawah Express Entry;
1. Federal Skilled Worker Program (FSW) – Untuk pekerja yang
mempunyai pengalaman bekerja di luar Kanada
2. Canadian Experience Class (CEC) – Untuk pekerja yang
mempunyai pengalaman bekerja di Kanada
3. Federal Skilled Trades Program (FST) – Untuk pekerja yang
bekelayakan dalam trade
*Saya hanya kongsikan tentang FSW sebab saya mohon program
ni. Apa yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya. Mungkin orang lain ada cara lain.
Step 1. Adakah anda layak untuk memohon (eligibility)
Tengok samada pemohon memenuhi minimum requirement. Antara
kriteria adalah:
1. Kemahiran Bahasa. Perlu ada CLB 7 (speaking 4, listening
4, reading 4, writing 4)
2. Jenis
pengalaman kerja. Jenis pekerjaan mesti ada dalam list National Occupational
Code (NOC).
3. Jumlah pengalaman bekerja. At least 1 tahun.
4. Pendidikan. Secondary education.
5. Bukti kewangan. Jumlah berdasarkan jumlah ahli keluarga
yang hendak dibawa ke Kanada. Jumlah tersebut perlu ada di bank sekurang-kurangnya
6 bulan sebelum permohonan dibuat.
Boleh tengok disini untuk details eligibility
Step
2. Kira skor yang boleh diperolehi/targeted score
Ini adalah step yang paling penting kerana ia akan
menentukan kebarangkalian untuk tersenarai dalam cabutan PR. Sebelum COVID
melanda, cabutan dilakukan setiap 2 minggu sekali dan seramai lebih kurang 3000
permohonan akan dipilih setiap kali cabutan. 3000 ni termasuk ketiga-tiga
program. Kadang kala hanya CEC, kadang-kadang CEC & FSW etc. Jumlah pun tak
menentu. Tiada rules yang terang tentang ni. Boleh tengok history cabutan
disini
Untuk pastikan pemohon mendapat kebarangkalian tinggi
terpilih dalam cabutan, pemohon perlu pastikan mendapat skor yang tinggi. Jadi,
pemohon perlu tau apakah skor cabutan paling latest dan cuba untuk dapatkan
skor tersebut. Contohnya, pada cabutan terakhir Disember 2020, skor minimum
ialah 468. Seramai 5000 pemohon yang
ada skor 468 keatas terpilih dalam cabutan tersebut.
Perlu tau bahawa
selepas Disember 2020, tiada cabutan melibatkan FSW dibuat. Jadi sekarang dalam
‘pool’ cabutan sudah tentu ada ramai pemohon. Bila ramai pemohon yang menunggu,
mungkin ramai juga yang mempunyai skor tinggi contohnya 480. Jadi
kebarangkalian terpilih bagi pemohon yang mempunyai skor 470 menjadi berkurang.
Dibawah ialaha alat/kalkulator yang boleh digunakan untuk
estimate skor
https://ircc.canada.ca/english/immigrate/skilled/crs-tool.asp
Kriteria-kriteria yang memberi skor:
1. Kebolehan Bahasa Inggeris
Points diberikan berdasarkan keputusan ujian IELTS/TOEFL.
Ini adalah satu-satunya kriteria yang pemohon boleh berusaha untuk dapatkan
keputusan yang tertinggi untuk dapatkan skor tinggi. Setiap skill ada points
maksimum tersendiri.
Jadi, bila pemohon dah ada targeted total score, cuba sedaya
upaya untuk dapatkan band tertinggi untuk setiap skill. Dalam kes saya, saya
perlu dapatkan reading 8, listening 8, speaking 7, writing 7. Just to share,
skill paling susah ialah writing dan ini bukan terjadi pada saya sahaja, tapi
kebanyakan pemohon lain. Saya berjaya capai 3 skill lain dengan senang tapi
writing stuck 6.5. Percubaan ke 4 baru saya Berjaya dapatkan 7 (total results
9,8.5,7.5,7). Sekiranya ada yang lalui perkara sama, saya sarankan untuk ambil
pakej writing IELTS Advantage by Cris Pell. Sangat-sangat membantu. Selain itu,
saya juga mencuba untuk ambil test di pusat berlainan antara British Council
dan IDP. Dan cuba juga antara computer based or paper based. Ini semua usaha
saya untuk dapatkan writing 7!
Kebolehan Bahasa French
2. Tahap Pendidikan. Lagi tinggi tahap pendidikan,
lagi tinggi points.
3. Pengalaman bekerja. Jumlah tahun bekerja. Lagi lama lagi tinggi points.
4. Umur. Semakin berumur, semakin kurang
points.
5. Job offer dari Kanada (sekiranya ada). Jenis
pekerjaan mesti Labour Market Impact Assessment (LMIA).
6. Adaptability – kemahiran Bahasa pasangan, pernah
belajar di Kanada, pengalaman kerja di Kanada, abang atau kakak menetap di
Kanada
Boleh tengok berapa maksimum skor untuk setiap kriteria
disini
So, masukkan kesemua maklumat di dalam kalkulator untuk
lihat berapa skor yang boleh dapat.
Step
3: Siapkan dokumen
Senarai dokumen
Dokumen yang perlu ada pada tahap ni hanya kemahiran bahasa
sebab kadang-kadang ambil masa lama untuk dapat targeted results (dalam kes
saya 4 bulan untuk dapatkan 8877).
Result IELTS/TOEFL valid selama 2 tahun. Jadi dalam masa 2
tahun pemohon perlu sedaya upaya dapatkan tempat untuk terpilih dalam cabutan
Express Entry.
Dokumen lain sediakan bila dah terpilih dalam cabutan sebab
kita tak tau bila terpilih dan supaya dokumen tak expired.
Step
4. Isikan maklumat didalam system Express Entry
Pemohon perlu isi borang online maklumat tentang semua
kriteria dalam step ke 2.
Selepas tu,
tunggu untuk terpilih dalam cabutan. Pendaftaran valid selama 1 tahun. Bermaksud,
sekiranya dalam masa 1 tahun nama pemohon tak terpilih dalam cabutan, pemohon
perlu isi borang online sekali lagi.
**Setiap tahun berganjak kedepan, skor pemohon akan
berkurangan disebabkan umur bertambah. Jadi, cuba untuk terpilih dalam draw
dalam masa 1 tahun. Kalau tak, probability terpilih akan semakin berkurangan.
Step
5: Terpilih dalam cabutan / dapat invitation to apply
Bila dapat invitation to apply, pemohon diberi masa untuk upload
dokumen tersenarai dalam step 3 dalam sistem online. Pemohon juga perlu bayar application
fee $CAD1300/person.
Pemohon perlu bergerak
pantas untuk siapkan dokumen-dokumen ni:
1. Sijil kelakuan baik (cerificate of good conduct) kena
dapatkan dari Wisma Putra (apply online). Ambil masa lebih kurang 3 minggu.
Kos: RM20
2. Medical exam. Immigration Canada (IRCC) akan beritahu
pusat kesihatan yang diiktiraf untuk buat medical exam. Saya buat di Wisma
Lifecare, Bangsar. Kos = RM300++
3. Surat beranak. Translate oleh certified translator. Ada
company yang buat servis ni (RM150++) atau cari translator di mahkamah (lebih
murah dari company). Saya jumpa translator di makhkamah Shah Alam.
4. Sijil perkahwinan. Translate.
5. Degree & transkrip Pendidikan. Bergantung kepada
taraf pendidikan dan kemahiran, sijil dan transkrip perlu dinilai oleh badan
tertentu untuk memastikan ia setaraf dengan pendidikan Kanada. Pemohon perlu
membuat permohonan pada pihak university. Untuk saya, saya perlu hantar ke
World Education Services (WES). Pihak university akan directly hantar salinan sijil
dan transkrip ke WES. Pemohon tak boleh hantar sendiri. Biasanya pihak university
tau pasal ni. Untuk saya, saya pergi Academic Management Division UTM. Staff kat
situ dah tau nak buat apa.
Untuk sijil kemahiran seperti medical doctor/lawyer ada
agensi lain yang buat penilaian
Kos: $CAD100++
6. Bukti kewangan. Bank statement 6 bulan untuk main applicant.
Pasangan tak perlu sediakan dokumen
ni.
7. Bukti pengalaman bekerja. Apply surat dari majikan
menunjukkan pemohon telah bekerja secara berterusan di company tu. Maklumat
penting yang perlu ada:
- Tempoh bekerja. Tarikh mula – tarikh berhenti. Kira
bilangan hari, perlu sama dengan jumlah tahun pengalaman kerja yang pemohon tulis
dalm permohonan.
- Job description.
Make sure description sama dengan NOC yang pemohon letak dalam
permohonan.
- Nama majikan, alamat, email, no phone, website.
Semua maklumat perlu jelas dan tepat kerana pihak IRCC akan
investigate samada maklumat yang pemohon beri valid atau tak, tiada keraguan. Banyak
permohonan stuck kat sini sebab IRCC tak boleh validate company.
8. Client
information. Dokumen ni tak ditulis dalam required documents oleh IRCC. Tetapi
disarankan untuk pemohon buat dokumen ni untuk memberi keterangan yang lebih
jelas tentang maklumat diri. Ia sangat penting untuk mengurangkan keraguan
pihak IRCC terhadap pemohon. Apa sahaja yang pemohon rasa akan menimbulkan
keraguan IRCC, tulis kat situ. Antara maklumat yang saya masukkan:
- Hubungan jangka masa panjang dengan suami. Sebabnya, ada
kes dimana pemohon berkahwin dengan pasangan hanya untuk dapatkan skor express
entry yang lebih tinggi. Jadi pemohon perlu buktikan bahawa hubungan dengan
pasangan adalah legitimate. Saya attach gambar saya dan suami sejak dari tahun pertama
kenal.
- Travel history. Saya selalu ulang alik Singapore – JB.
Jadi saya taknak IRCC ragu kenapa saya selalu keluar masuk Singapore. Jadi saya
terangkan disini.
Tiada format untuk dokumen ni, Terpulang kepada pemohon macam
mana nak pastikan IRCC tak ragu tentang permohonan yang dibuat. Kalau taknak
buat pun takpe.
Selepas dah isi boring-borang dan upload dokumen, submit, tunggu
IRCC keluarkan Confirmation of Permanent resident (COPR).
Step 6:
Pergi ke VFS Global, Menara MCA
Untuk cap jari,
ambil gambar, dan beri passport untuk visa. Passport akan dihantar ke
kedutaan Kanada di Singapore. Kos: Tak ingat
Step 7:
Dapat passport beserta visa.
Plan perjalanan ke Kanada. Bersedia untuk meninggalkan tanah
air.
Step 8:
Welcome to Kanada
Proses ‘landing’
akan dibuat di pejabat immigration airport. Pemohon akan terima PR card melalui
pos.
DONE