Pages

PROSES PERMOHONAN PERMANENT RESIDENT (PR) KANADA MELALUI EXPRESS ENTRY (FEDERAL SKILLED WORKER - FSW)


Kebelakangan ni ramai yang dm saya bertanyakan tentang proses permohonan PR Kanada. Sebelum ni saya pernah kongsikan tentang perkara ni di video YouTube. Boleh tengok post ni.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210138197369592&id=1778066642

Bagi yang berminat untuk memohon, dibawah saya terangkan info dan proses memohon.

Terdapat 3 program dibawah Express Entry;

1. Federal Skilled Worker Program (FSW) – Untuk pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja di luar Kanada


2. Canadian Experience Class (CEC) – Untuk pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja di Kanada

3. Federal Skilled Trades Program (FST) – Untuk pekerja yang bekelayakan dalam trade

*Saya hanya kongsikan tentang FSW sebab saya mohon program ni. Apa yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya. Mungkin orang lain ada cara lain.

Step 1. Adakah anda layak untuk memohon (eligibility)

Tengok samada pemohon memenuhi minimum requirement. Antara kriteria adalah:

1. Kemahiran Bahasa. Perlu ada CLB 7 (speaking 4, listening 4, reading 4, writing 4)

2. Jenis pengalaman kerja. Jenis pekerjaan mesti ada dalam list National Occupational Code (NOC).

https://www.canada.ca/en/immigration-refugees-citizenship/services/immigrate-canada/express-entry/eligibility/find-national-occupation-code.html

3. Jumlah pengalaman bekerja. At least 1 tahun.

4. Pendidikan. Secondary education.

5. Bukti kewangan. Jumlah berdasarkan jumlah ahli keluarga yang hendak dibawa ke Kanada. Jumlah tersebut perlu ada di bank sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum permohonan dibuat.

https://www.canada.ca/en/immigration-refugees-citizenship/services/immigrate-canada/express-entry/documents/proof-funds.html

Boleh tengok disini untuk details eligibility

https://www.canada.ca/en/immigration-refugees-citizenship/services/immigrate-canada/express-entry/eligibility/federal-skilled-workers.html#skilled

Step 2. Kira skor yang boleh diperolehi/targeted score

Ini adalah step yang paling penting kerana ia akan menentukan kebarangkalian untuk tersenarai dalam cabutan PR. Sebelum COVID melanda, cabutan dilakukan setiap 2 minggu sekali dan seramai lebih kurang 3000 permohonan akan dipilih setiap kali cabutan. 3000 ni termasuk ketiga-tiga program. Kadang kala hanya CEC, kadang-kadang CEC & FSW etc. Jumlah pun tak menentu. Tiada rules yang terang tentang ni. Boleh tengok history cabutan disini

https://www.canada.ca/en/immigration-refugees-citizenship/corporate/mandate/policies-operational-instructions-agreements/ministerial-instructions/express-entry-rounds.html#wb-auto-4

Untuk pastikan pemohon mendapat kebarangkalian tinggi terpilih dalam cabutan, pemohon perlu pastikan mendapat skor yang tinggi. Jadi, pemohon perlu tau apakah skor cabutan paling latest dan cuba untuk dapatkan skor tersebut. Contohnya, pada cabutan terakhir Disember 2020, skor minimum ialah 468. Seramai 5000 pemohon yang ada skor 468 keatas terpilih dalam cabutan tersebut.

Perlu tau bahawa selepas Disember 2020, tiada cabutan melibatkan FSW dibuat. Jadi sekarang dalam ‘pool’ cabutan sudah tentu ada ramai pemohon. Bila ramai pemohon yang menunggu, mungkin ramai juga yang mempunyai skor tinggi contohnya 480. Jadi kebarangkalian terpilih bagi pemohon yang mempunyai skor 470 menjadi berkurang.

Dibawah ialaha alat/kalkulator yang boleh digunakan untuk estimate skor

https://ircc.canada.ca/english/immigrate/skilled/crs-tool.asp

Kriteria-kriteria yang memberi skor:

1. Kebolehan Bahasa Inggeris

Points diberikan berdasarkan keputusan ujian IELTS/TOEFL. Ini adalah satu-satunya kriteria yang pemohon boleh berusaha untuk dapatkan keputusan yang tertinggi untuk dapatkan skor tinggi. Setiap skill ada points maksimum tersendiri.

Jadi, bila pemohon dah ada targeted total score, cuba sedaya upaya untuk dapatkan band tertinggi untuk setiap skill. Dalam kes saya, saya perlu dapatkan reading 8, listening 8, speaking 7, writing 7. Just to share, skill paling susah ialah writing dan ini bukan terjadi pada saya sahaja, tapi kebanyakan pemohon lain. Saya berjaya capai 3 skill lain dengan senang tapi writing stuck 6.5. Percubaan ke 4 baru saya Berjaya dapatkan 7 (total results 9,8.5,7.5,7). Sekiranya ada yang lalui perkara sama, saya sarankan untuk ambil pakej writing IELTS Advantage by Cris Pell. Sangat-sangat membantu. Selain itu, saya juga mencuba untuk ambil test di pusat berlainan antara British Council dan IDP. Dan cuba juga antara computer based or paper based. Ini semua usaha saya untuk dapatkan writing 7!

Kebolehan Bahasa French

2. Tahap Pendidikan. Lagi tinggi tahap pendidikan, lagi tinggi points.

3. Pengalaman bekerja. Jumlah tahun bekerja. Lagi lama lagi tinggi points.

4. Umur. Semakin berumur, semakin kurang points.

5. Job offer dari Kanada (sekiranya ada). Jenis pekerjaan mesti Labour Market Impact Assessment (LMIA).

6. Adaptability – kemahiran Bahasa pasangan, pernah belajar di Kanada, pengalaman kerja di Kanada, abang atau kakak menetap di Kanada

Boleh tengok berapa maksimum skor untuk setiap kriteria disini

https://www.canada.ca/en/immigration-refugees-citizenship/services/immigrate-canada/express-entry/eligibility/federal-skilled-workers/six-selection-factors-federal-skilled-workers.html

So, masukkan kesemua maklumat di dalam kalkulator untuk lihat berapa skor yang boleh dapat.

Step 3: Siapkan dokumen

Senarai dokumen

https://www.canada.ca/en/immigration-refugees-citizenship/services/immigrate-canada/express-entry/documents.html

Dokumen yang perlu ada pada tahap ni hanya kemahiran bahasa sebab kadang-kadang ambil masa lama untuk dapat targeted results (dalam kes saya 4 bulan untuk dapatkan 8877).

Result IELTS/TOEFL valid selama 2 tahun. Jadi dalam masa 2 tahun pemohon perlu sedaya upaya dapatkan tempat untuk terpilih dalam cabutan Express Entry.

Dokumen lain sediakan bila dah terpilih dalam cabutan sebab kita tak tau bila terpilih dan supaya dokumen tak expired.

Step 4. Isikan maklumat didalam system Express Entry

Pemohon perlu isi borang online maklumat tentang semua kriteria dalam step ke 2.

https://www.canada.ca/en/immigration-refugees-citizenship/services/immigrate-canada/express-entry/submit-profile.html

Selepas tu, tunggu untuk terpilih dalam cabutan. Pendaftaran valid selama 1 tahun. Bermaksud, sekiranya dalam masa 1 tahun nama pemohon tak terpilih dalam cabutan, pemohon perlu isi borang online sekali lagi.

**Setiap tahun berganjak kedepan, skor pemohon akan berkurangan disebabkan umur bertambah. Jadi, cuba untuk terpilih dalam draw dalam masa 1 tahun. Kalau tak, probability terpilih akan semakin berkurangan.

Step 5: Terpilih dalam cabutan / dapat invitation to apply

Bila dapat invitation to apply, pemohon diberi masa untuk upload dokumen tersenarai dalam step 3 dalam sistem online. Pemohon juga perlu bayar application fee $CAD1300/person.

Pemohon perlu bergerak pantas untuk siapkan dokumen-dokumen ni:

1. Sijil kelakuan baik (cerificate of good conduct) kena dapatkan dari Wisma Putra (apply online). Ambil masa lebih kurang 3 minggu. Kos: RM20

2. Medical exam. Immigration Canada (IRCC) akan beritahu pusat kesihatan yang diiktiraf untuk buat medical exam. Saya buat di Wisma Lifecare, Bangsar. Kos = RM300++

3. Surat beranak. Translate oleh certified translator. Ada company yang buat servis ni (RM150++) atau cari translator di mahkamah (lebih murah dari company). Saya jumpa translator di makhkamah Shah Alam.

4. Sijil perkahwinan. Translate.

5. Degree & transkrip Pendidikan. Bergantung kepada taraf pendidikan dan kemahiran, sijil dan transkrip perlu dinilai oleh badan tertentu untuk memastikan ia setaraf dengan pendidikan Kanada. Pemohon perlu membuat permohonan pada pihak university. Untuk saya, saya perlu hantar ke World Education Services (WES). Pihak university akan directly hantar salinan sijil dan transkrip ke WES. Pemohon tak boleh hantar sendiri. Biasanya pihak university tau pasal ni. Untuk saya, saya pergi Academic Management Division UTM. Staff kat situ dah tau nak buat apa.

Untuk sijil kemahiran seperti medical doctor/lawyer ada agensi lain yang buat penilaian

Kos: $CAD100++

6. Bukti kewangan. Bank statement 6 bulan untuk main applicant. Pasangan tak perlu sediakan dokumen ni.

7. Bukti pengalaman bekerja. Apply surat dari majikan menunjukkan pemohon telah bekerja secara berterusan di company tu. Maklumat penting yang perlu ada:

- Tempoh bekerja. Tarikh mula – tarikh berhenti. Kira bilangan hari, perlu sama dengan jumlah tahun pengalaman kerja yang pemohon tulis dalm permohonan.

- Job description. Make sure description sama dengan NOC yang pemohon letak dalam permohonan.

- Nama majikan, alamat, email, no phone, website.

Semua maklumat perlu jelas dan tepat kerana pihak IRCC akan investigate samada maklumat yang pemohon beri valid atau tak, tiada keraguan. Banyak permohonan stuck kat sini sebab IRCC tak boleh validate company.

8. Client information. Dokumen ni tak ditulis dalam required documents oleh IRCC. Tetapi disarankan untuk pemohon buat dokumen ni untuk memberi keterangan yang lebih jelas tentang maklumat diri. Ia sangat penting untuk mengurangkan keraguan pihak IRCC terhadap pemohon. Apa sahaja yang pemohon rasa akan menimbulkan keraguan IRCC, tulis kat situ. Antara maklumat yang saya masukkan:

- Hubungan jangka masa panjang dengan suami. Sebabnya, ada kes dimana pemohon berkahwin dengan pasangan hanya untuk dapatkan skor express entry yang lebih tinggi. Jadi pemohon perlu buktikan bahawa hubungan dengan pasangan adalah legitimate. Saya attach gambar saya dan suami sejak dari tahun pertama kenal.

- Travel history. Saya selalu ulang alik Singapore – JB. Jadi saya taknak IRCC ragu kenapa saya selalu keluar masuk Singapore. Jadi saya terangkan disini.

Tiada format untuk dokumen ni, Terpulang kepada pemohon macam mana nak pastikan IRCC tak ragu tentang permohonan yang dibuat. Kalau taknak buat pun takpe.

Selepas dah isi boring-borang dan upload dokumen, submit, tunggu IRCC keluarkan Confirmation of Permanent resident (COPR).

Step 6: Pergi ke VFS Global, Menara MCA

Untuk cap jari, ambil gambar, dan beri passport untuk visa. Passport akan dihantar ke kedutaan Kanada di Singapore. Kos: Tak ingat

 

Step 7: Dapat passport beserta visa.

Plan perjalanan ke Kanada. Bersedia untuk meninggalkan tanah air.

 

Step 8: Welcome to Kanada

Proses ‘landing’ akan dibuat di pejabat immigration airport. Pemohon akan terima PR card melalui pos.

DONE

Selepas 26 jam flight. Finally.